Bahagian Pertama: Ramai anak-anak di Malaysia yang telah hilang minat belajar, apa sebab dan puncanya?apakah cara untuk mengatasinya?
Menumbuhkan minat belajar anak sebenarnya tidak terlalu sukar namun tidak pula terlalu mudah. Kita mestilah cuba untuk kenali dan dalami apa yang paling disukai oleh anak tersebut dan ajaklah anak untuk melakukan hal tersebut. Kemudia cuba kait dan selitkan perkaitan dengan pelajaran yang dipelajarinya. Nescaya, minatnya akan meningkat.
Adakah itu sahaja?
Sudah tentu tidak. Kuncinya adalah dengan mengetahui apa yang dapat membuat anak tertarik dan ingin belajar. Bagi anak usia lapan tahun kebawah, belajar harus terbit dari minat si anak itu sendiri. Pada usia ini, anak tidak harus dipaksa terlalu keras sehinggakan anak tersebut menjadi tertekan dan hilang minat untuk belajar.
Peringkat hilang minat ini akan dimukalan dengan:
- Anak akan mula menunjukkan tanda-tanda kemurungan yang luar biasa.
- Keseronokan belajar dan meneroka sesuatu yang baru akan mula hilang sedikit demi sedikit.
- Anak akan mula malas untuk ke sekolah. Jika sebelum ini, anak sangat teruja untuk ke sekolah. Perubahan akan timbul jika anak jadi terlalu tertekan.
- Anak akan mula tidak menyiapkan kerja rumah yang di beri di sekolah walaupun kerja rumah tersebut tidak banyak.
- Minat anak untuk membaca akan mula pudar. Bahan pembacaan seperti komik bergambar akan menjadi pilihan.
- Sikap buruk seperti malas, degil, keras kepala, melawan kata dan sebagainya akan mula terbit. Lebih buruk lagi sikap memberontaknya akan mula terserlah.
- Dan akhirnya anak ini tadi akan hilang minatnya terhadap sebarang bentuk pembelajaran yang baik.
Bagaimana pula peranan ibu bapa boleh mempengaruhi minat belajar anak?
Dasar belajar anak-anak haruslah menyenangkan. Apakah yang dimaksudkan dengan menyenangkan?Menyenangkan bermaksud, menimbulkan suasana dan mood pembelajaran yang positif. Dengan ini pemikiran anak akan set kepada faktor positif yang sekaligus akan menimbulkan dasar yang menyenangkan. Aspek positif ini sangat penting bagi menyuntik nilai-nilai yang baik kerana pada usia seawal empat tahun, minda atau otak anak sangat mudah untuk mengingat dan mudah untuk menyerap sebarang unsur. Dengan ini, ibu bapa sendiri perlu bersikap positif disamping menimbulkan suasana yang positif. Ini sekaligus dapat membina benteng yang kukuh daripada sebarang unsur negatif yang mudah didapati di sekolah dan juga tidak ketinggalan di rumah.
Selesai perbincangan bahagian pertama topik ini.....
0 comments:
Post a Comment