Home Tuition Service for UPSR PMR & SPM

We provides home tuition service for UPSR PMR & SPM LEVEL

Subjects such as Mathematics, Physics, Biology, Basic Economics, Finance Principal Account and others are offered to you right at your door steps.

Our tuition tutors are capable with their knowledge & experiences to guide your children to success.

Do call us at 0192653791 (CIKGU AZMI) and 0173047278 CIKGU FAIZAL

Sunday, June 12, 2011

Bahagian Kedua: Cara Meningkatkan Minat Belajar Anak

Bagaimana cara pembelajaran yang baik untuk anak?


Dalam proses belajar, anak harus diposisikan sebagai subjek dan bukannya objek. Sebaik-baiknya anak belajar di atas inisiatif diri mereka sendiri. Pendidik samada ibu bapa ataupun guru tidak harus syok sendiri dan menganggap anak/pelajar sebagai objek. Apa yang dimaksudkan dengan 'objek'?. Maksudnya ialah anak/pelajar bagaikan robot dan diberi terlalu banyak arahan oleh pendidik itu sendiri. Hasilnya anak akan menjadi malas dan tidak efektif.

Di dalam proses pembelajaran, anak perlulah terlibat sama dalam proses pembelajaran dan bukanlah hanya dilayan sebagai objek. Seeloknya, di dalam sesebuah kelas tidak terlalu ramai pelajar. Dalam hal ini, pastilah akan ada dikalangan pelajar yang tercicir. Hakikat yang pahit ditelan tetapi pastinya kenyataan adalah, ramai pendidik di dalam kelas yang terlalu asyik menumpukan perhatian kepada sesetengah pelajar sahaja atau dengan kata lain 'Pilih Kasih'. Sedangkan pelajar yang sudah sedia pandai tidak memerlukan perhatian yang terlalu banyak. Apa yang perlu di tumpukan ialah kepada pelajar-pelajar yang sudah pasti, jelas, nyata dan terang LEMAH. Mengapa senario ini berlaku? Dimanakah silapnya sistem pendidikan di Malaysia?

Solusi bagi permasalahan ini ialah:
Pendidik perlu memahami bahawa pelajar adalah subjek dan bukannya OBJEK!!. Pendidik wajib memahami keanekaseragaman minat belajar anak/pelajar ini. Kebanyakan para pendidik hanya fokus kepada teknik pembelajaran secara teori sahaja. Tetapi yang tidak kita ketahui ialah, pembelajaran teori sangat berkesan jika disematkan bersama dengan praktikal. Apa maksud praktikal? Contohnya, jika kita mengajar cara solat, tidak akan lengkap hanya dengan teori sahaja tanpa menunjukkan secara praktikal cara mengerjakan solat. Ini bermakna pendidik harus memberikan contoh-contoh yang mantap selari dengan subjek yang dibincangkan. Umum maklum bahawa, hampir 80% daripada kita sangat benci teori kerana hanya melibatkan pembacaan yang sangat banyak. Jadi pendidik berperanan penting menjadikan dan mewujudkan cara atau solusi yang tidak membebankan pelajar disamping menyeronokkan dan sekaligus kesannnya terus menerus meningkatkan tahap minat belajar.

Selesai perbincangan bahagian kedua topik ini....

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Best Buy Printable Coupons