Adakah apa-apa tips untuk menarik minat anak-anak ini?
Assalamu'alaikum Wrmbth
Belajar bukanlah hanya sekadar menelaah buku tanpa ada tujuan tertentu atau hanya sekadar terpaksa kerana disuruh oleh guru. Ini adalah cara yang salah. Kita, samada sebagai ibu bapa ataupun pendidik tidak bijak jika kita hanya mengarah anak-anak untuk belajar tanpa memberikan sedikit dorongan.
Dorongan seperti mana yang perlu diberikan?
Sebelum memulakan sesi pembelajaran, kita mestilah membuat kaji selidik tentang apa yang paling disukai dan tidak disukai oleh anak tersebut. Sebagai pendidik, adalah WAJIB untuk kita untuk cuba memahami atau mendalami anak itu dan bukan sekadar mengajar ala-ala
'Syok Sendiri'. Iaitu dialog yang kerap digunakan di kelas-kelas di sekolah:
Guru bertanya, "Semua murid faham ye!!. Murid pun menjawab, "Faham!!"
Namun pada hakikatnya daripada 100%, hanya kira-kira 50% atau kurang sahaja yang betul-betul faham apa yang diajarkan. Apa salahnya jika pendidik, samada ibu bapa/guru, membuat tugasan yang lebih sedikit demi untuk memastikan anak-anak ini tidak keciciran dan akhirnya hilang minat untuk belajar.
Sebab itulah, pada bahagian ketiga ini, perlu ditekankan bahawa, carilah cara untuk menaikkan mood belajar anak sebelum proses pembelajaran dimulakan.
Contohnya: Jika anak itu sangat suka melukis gambar, ajaklah anak itu untuk melukis apa sahaja yang disukainya, kemudian selepas melukis beberapa gambar, kita perhatikan mood anak-anak itu. Dalam hal ini kita mestilah belajar untuk menjadi lebih peka. Jika didapati mood anak itu telah meningkat iaitu jika di lihat lebih ceria dan terdapat sedikit gelak ketawa atau senyuman, maka barulah kita boleh memulakan sesi pembelajaran.
PERLU DIINGAT!!, kita tidak bijak jika terus memulakan pembelajaran tanpa mengetahui mood anak itu.
Kita boleh lihat perbezaan sikap pada anak tersebut jika kita terlalu lurus atau tegas. Apa tanda-tanda pada anak jika kita tidak menaikkan moodnya:
- Ekspresi muka anak akan tidak ceria atau masam sepanjang tempoh pembelajaran.
- Anak akan kerap menguap dan mengantuk
Selesai perbincangan bahagian ketiga topik ini.....
0 comments:
Post a Comment