Home Tuition Service for UPSR PMR & SPM

We provides home tuition service for UPSR PMR & SPM LEVEL

Subjects such as Mathematics, Physics, Biology, Basic Economics, Finance Principal Account and others are offered to you right at your door steps.

Our tuition tutors are capable with their knowledge & experiences to guide your children to success.

Do call us at 0192653791 (CIKGU AZMI) and 0173047278 CIKGU FAIZAL

Tuesday, June 21, 2011

Bahagian Kelima: Cara Meningkatkan Minat Belajar Anak



Cara manakah yang lebih baik? MEMBERI GANJARAN atau MENGHUKUM?


Assalamu'alaikum Wrmbth

Mari kita menggamit semula kenangan lama ketika kita masih kanak-kanak. Jika ditanya bagaimanakah cara orang tua kita mendidik kita dahulu? Rata-rata akan menjawab, "Dengan Rotan". Adakah cara ini masih relevan pada zaman sekarang?Adakah dengan cara menghukum yang memang dengan niat baik masih boleh digunapakai kepada anak-anak zaman sekarang?

Ini jawapannya: Bergantung.

Sebagai pendidik kita perlu belajar dan bijak dalam menangani sebarang isu berkaitan anak-anak/pelajar. Pendidik perlu bijak menyesuaikan bilakah masanya untuk menghukum dan bilakah masanya untuk memberi ganjaran.

Soalan: Mengapa perlu memberi ganjaran?Bukankah hukuman boleh meningkatkan disiplin untuk belajar lebih tekun?

Memang benar, kita belajar sesuatu kesilapan itu selepas kita melalui kesilapan itu dan mendapat hukuman. Tetap itu jika anak itu melakukan kesilapan. Bagaimanapula jika anak itu mencapai sesuatu kejayaan samada bersifat kecil atau besar?

Sebenarnya, sangat penting untuk kita MEMOTIVASIKAN anak daripada MENGHAKIMI anak. Dengan memberi ganjaran akan menaikkan motivasi anak untuk lebih tekun dan menumpukan perhatian untuk mencapai sesuatu matlamat. Tetapi ada juga yang berpendapat
bahawa anak hanya akan belajar untuk lulus peperiksaan atau ujian semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Teori ini lebih baik daripada tidak memotivasikan anak langsung. Samada anak itu cemerlang, lulus atau gagal, tidak ada bezanya bagi kita atau pada anak.

Ganjaran bukanlah bermaksud mesti berikan hadiah-hadiah yang berbentuk barangan atau yang material. Teknik ini boleh diamalkan pada bila-bila masa. Contoh, ketika sedang mengajar dan anak berjaya menjawab sesuatu soalan itu, berikanlah hadiah seperti coklat ataupun gula-gula. Setiap kali anak berjaya menjawab soalan, berilah ganjaran walaupun hanya sekecil dan semurah gula-gula. Lihatlah reaksi si anak jika mendapat ganjaran tersebut. Bukankah mereka akan gembira dan bertabah ceria. Ini juga akan menambahkan lagi semangat anak untuk mendapatkan jawapan yang betul pada setiap kali. Tetapi ingat, perlu berpada-pada ketika memberi ganjaran. Tidak terlalu kerap dan jangan tidak beri langsung. Kawalan di tangan anda.

Ada lagi kebaikan memberi ganjaran seperti coklat dan gula-gula. Kadangkala anak mungkin terlalu letih atau kurang bertenaga. Ketika belajar, anak akan menjadi mengantuk. Berikanlah gula-gula atau coklat atau sesuatu yang ringan untuk dikunyah, InsyaALLAH anak akan kurang mengantuk.



Cuba anda perhatikan riak muka anak, jika kita mengajar dengan cara terlalu tegas/garang dan kerap menghukum. Adakah anak akan gembira dan bersemangat?. Jaminan yang boleh diberi ialah pasti anak akan jadi takut dan malas untuk belajar.

Ada soalan lagi: Bagaimana pula jika anak tidak mendapat menjawab soalan dengan betul atau prestasi peperiksaan tidak memberangsangkan? Adakah perlu dihukum?



Jawapannya, cara yang bijak ialah kita berikan ganjaran juga. Kenapa? sebabnya, mari kita selami perasaan atau emosi anak yang mendapat keputusan yang rendah ini.
Pastinya mereka akan hilang keyakinan diri, tiada semangat, hampir hilang motivasi, malu dengan rakan-rakan, takut dimarahi guru, kemudian takut pula dimarahi ibu bapa. Baik, sekarang kita telah menyelami perasaan dan emosi mereka, semua berunsur NEGATIF. Disinilah peranan kita untuk menyuntik semula unsur POSITIF. Apa contohnya?


  • Berikan kata-kata semangat kepada anak. Cakaplah dalam intonasi yang lembut sambil mengusap rambut anak dan berikan sedikit ciuman.


  • Berikan juga hadiah kepada anak walaupun kecil, di atas usahanya membuat ulangkaji walaupun keputusannya kurang baik. Dalam masa yang sama berikan anak harapan baru dengan menawarkan ganjaran yang lebih baik pada peperiksaan akan datang.

  • Guru juga mesti memainkan peranan untuk meningkatkan semula motivasi anak ini. Berikanlah sesi khas untuk anak ini, ajar anak ini dengan cara yang berbeza, gunakan kaedah pengajaran yang lain. Iaitu yang lebih sesuai dengan mindanya. Jangan terlalu menekan.


Kata semangat seperti "Jangan mudah berputus asa", "Jangan mengaku kalah", "Teruskan usaha, mara kehadapan", "Belajarlah dari kesilapan, kamu pasti akan berjaya" dan sebagainya seharusnya kerap digunakan dan kerap bermain dibibir para pendidik dan ibu bapa. Dorongan seperti inilah yang diperlukan oleh anak-anak untuk membesar dan berjaya.

Selesai perbincangan bahagian kelima topik ini...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Best Buy Printable Coupons