Bagaimana cara menyerlahkan bakat anak sewaktu proses pembelajaran?
Assalamu'alaikum Wrmbth
Alhamdulillah kita mendapat kekuatan untuk meneruskan perbincangan tentang topik ini.
Sebenarnya topik ini bukan hanya bertumpu pada anak-anak yang berumur di bawah lapan tahun, tetapi ianya lebih bersifat UMUM. Walaupun pelajar diperingkat menengah dan yang telah berada di institusi pengajian tinggi juga perlu menitik beratkan cara belajar dan cara menerima pengajaran. Tetapi kita akan kupas isu ini pada masa akan datang jika di izinkan Allah.
Tugas pendidik samada ibu bapa atau guru bukan sekadar mengajar apa yang telah ditetapkan oleh silibus pelajaran semata-mata. Ini adalah kesilapan yang sangat besar!!.
Pendidik juga bertindak sebagai pemangkin(medium) untuk seseorang anak itu menyerlahkan bakat yang tidak kita ketahui. Ini kehebatan dan kebesaran Allah, Tuhan pemerintah sekalian alam. Kadangkala anak-anak ini mampu memberikan pandangan atau idea yang sangat bernas dan tidak terfikir oleh orang dewasa seperti kita.
PERSOALANNYA, ADAKAH KITA PERNAH BERTANYA ATAU MEMBERIKAN PELUANG KEPADA MEREKA?
Kita pernah bincangkan dibahagian kedua bahawa proses pembelajaran mestilah bersandarkan kepada 2 unsur, iaitu Teori dan Praktikal. Ini sangat benar, kerana jika pendidik mengamalkan kedua-dua unsur ini, secara tidak langsung anak ini akan mula berfikir dan menjadi kreatif. Pada masa-masa inilah kita perlu memebri peluang kepada anak-anak ini untuk melontarkan pandangan atau idea mereka. Disamping itu juga, ianya dapat membina kekuatan diri dan keyakinan anak-anak itu untuk tampil bersuara dan menyatakan apa yang di fikirkannya baik.
Tetapi adakah kita memberikan peluang sebegini? Biarlah kita berterus terang. Rata-rata pendidik MENGABAIKAN dan MENOLAK elemen ini kerana bersandarkan alasan-alasan yang sangat kolot. Apa alasan yang digunakan?
- Tidak cukup masa untuk habiskan silibus
- Pandangan mereka tidak relevan
- Mereka masih kecil dan tidak faham
- Pelajar terlalu ramai, dan pandangan terlalu banyak
Adakah kita sedar bahawa anak-anak ini bakal menjadi dewasa, bakal berjaya, bakal memimpin?
Serlahkan bakat anak-anak semasa proses pembelajaran dijalankan. Jika terdapat topik yang memerlukan anak-anak untuk berfikir, berikan mereka ruang dan peluang. Samada relevan atau tidak adalah perkara yang terbawah. Yang penting kita mahu mewujudkan proses pembelajaran yang sangat berkesan dan tidak membosankan. Jangan tolak idea mereka mentah-mentah. Sebaliknya, perbetul dan perbaikinya.
Selesai perbincangan keempat topik ini....
0 comments:
Post a Comment