Home Tuition Service for UPSR PMR & SPM

We provides home tuition service for UPSR PMR & SPM LEVEL

Subjects such as Mathematics, Physics, Biology, Basic Economics, Finance Principal Account and others are offered to you right at your door steps.

Our tuition tutors are capable with their knowledge & experiences to guide your children to success.

Do call us at 0192653791 (CIKGU AZMI) and 0173047278 CIKGU FAIZAL

Thursday, June 30, 2011

Renungilah dan Fikirkan..


Maka itulah pentingnya belajar...
Maka dapatkanlah khidmat Home Tuition bagi mempertingkatkan lagi prestasi. Tidak cukup hanya bergantung kepada sekolah.

Friday, June 24, 2011

Apa kebaikan 'Home Tuition'?


Home Tuition masih relevan dan masih terbukti antara medium yang terbaik untuk meningkatkan kecemerlangan murid/pelajar. Walaupun sudah terdapat berbagai jenis online tuition atau program E-education, Home Tuition masih menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.

Dengan bersandarkan guru-guru yang berpengalaman dan teknik pengajaran yang betul, InsyaALLAH prestasi pelajaran anak akan meningkat. Namun, apa yang penting ialah kemahuan dan minat murid/pelajar itu sendiri dalam menetapkan matlamat untuk berjaya.

Home Tuition dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada seorang pelajar berbanding cara belajar di sekolah, dimana terlalu ramai pelajar di dalam satu-satu kelas. Pasti dan pasti akan ada yang keciciran.

Maka Home Tuition dilihat adalah medium terbaik untuk memastikan anak-anak terus cemerlang dan cemerlang.

Tuesday, June 21, 2011

Kata-kata Mutiara

Renungilah dan hayatilah kata-kata ini..

Bahagian Kelima: Cara Meningkatkan Minat Belajar Anak



Cara manakah yang lebih baik? MEMBERI GANJARAN atau MENGHUKUM?


Assalamu'alaikum Wrmbth

Mari kita menggamit semula kenangan lama ketika kita masih kanak-kanak. Jika ditanya bagaimanakah cara orang tua kita mendidik kita dahulu? Rata-rata akan menjawab, "Dengan Rotan". Adakah cara ini masih relevan pada zaman sekarang?Adakah dengan cara menghukum yang memang dengan niat baik masih boleh digunapakai kepada anak-anak zaman sekarang?

Ini jawapannya: Bergantung.

Sebagai pendidik kita perlu belajar dan bijak dalam menangani sebarang isu berkaitan anak-anak/pelajar. Pendidik perlu bijak menyesuaikan bilakah masanya untuk menghukum dan bilakah masanya untuk memberi ganjaran.

Soalan: Mengapa perlu memberi ganjaran?Bukankah hukuman boleh meningkatkan disiplin untuk belajar lebih tekun?

Memang benar, kita belajar sesuatu kesilapan itu selepas kita melalui kesilapan itu dan mendapat hukuman. Tetap itu jika anak itu melakukan kesilapan. Bagaimanapula jika anak itu mencapai sesuatu kejayaan samada bersifat kecil atau besar?

Sebenarnya, sangat penting untuk kita MEMOTIVASIKAN anak daripada MENGHAKIMI anak. Dengan memberi ganjaran akan menaikkan motivasi anak untuk lebih tekun dan menumpukan perhatian untuk mencapai sesuatu matlamat. Tetapi ada juga yang berpendapat
bahawa anak hanya akan belajar untuk lulus peperiksaan atau ujian semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Teori ini lebih baik daripada tidak memotivasikan anak langsung. Samada anak itu cemerlang, lulus atau gagal, tidak ada bezanya bagi kita atau pada anak.

Ganjaran bukanlah bermaksud mesti berikan hadiah-hadiah yang berbentuk barangan atau yang material. Teknik ini boleh diamalkan pada bila-bila masa. Contoh, ketika sedang mengajar dan anak berjaya menjawab sesuatu soalan itu, berikanlah hadiah seperti coklat ataupun gula-gula. Setiap kali anak berjaya menjawab soalan, berilah ganjaran walaupun hanya sekecil dan semurah gula-gula. Lihatlah reaksi si anak jika mendapat ganjaran tersebut. Bukankah mereka akan gembira dan bertabah ceria. Ini juga akan menambahkan lagi semangat anak untuk mendapatkan jawapan yang betul pada setiap kali. Tetapi ingat, perlu berpada-pada ketika memberi ganjaran. Tidak terlalu kerap dan jangan tidak beri langsung. Kawalan di tangan anda.

Ada lagi kebaikan memberi ganjaran seperti coklat dan gula-gula. Kadangkala anak mungkin terlalu letih atau kurang bertenaga. Ketika belajar, anak akan menjadi mengantuk. Berikanlah gula-gula atau coklat atau sesuatu yang ringan untuk dikunyah, InsyaALLAH anak akan kurang mengantuk.



Cuba anda perhatikan riak muka anak, jika kita mengajar dengan cara terlalu tegas/garang dan kerap menghukum. Adakah anak akan gembira dan bersemangat?. Jaminan yang boleh diberi ialah pasti anak akan jadi takut dan malas untuk belajar.

Ada soalan lagi: Bagaimana pula jika anak tidak mendapat menjawab soalan dengan betul atau prestasi peperiksaan tidak memberangsangkan? Adakah perlu dihukum?



Jawapannya, cara yang bijak ialah kita berikan ganjaran juga. Kenapa? sebabnya, mari kita selami perasaan atau emosi anak yang mendapat keputusan yang rendah ini.
Pastinya mereka akan hilang keyakinan diri, tiada semangat, hampir hilang motivasi, malu dengan rakan-rakan, takut dimarahi guru, kemudian takut pula dimarahi ibu bapa. Baik, sekarang kita telah menyelami perasaan dan emosi mereka, semua berunsur NEGATIF. Disinilah peranan kita untuk menyuntik semula unsur POSITIF. Apa contohnya?


  • Berikan kata-kata semangat kepada anak. Cakaplah dalam intonasi yang lembut sambil mengusap rambut anak dan berikan sedikit ciuman.


  • Berikan juga hadiah kepada anak walaupun kecil, di atas usahanya membuat ulangkaji walaupun keputusannya kurang baik. Dalam masa yang sama berikan anak harapan baru dengan menawarkan ganjaran yang lebih baik pada peperiksaan akan datang.

  • Guru juga mesti memainkan peranan untuk meningkatkan semula motivasi anak ini. Berikanlah sesi khas untuk anak ini, ajar anak ini dengan cara yang berbeza, gunakan kaedah pengajaran yang lain. Iaitu yang lebih sesuai dengan mindanya. Jangan terlalu menekan.


Kata semangat seperti "Jangan mudah berputus asa", "Jangan mengaku kalah", "Teruskan usaha, mara kehadapan", "Belajarlah dari kesilapan, kamu pasti akan berjaya" dan sebagainya seharusnya kerap digunakan dan kerap bermain dibibir para pendidik dan ibu bapa. Dorongan seperti inilah yang diperlukan oleh anak-anak untuk membesar dan berjaya.

Selesai perbincangan bahagian kelima topik ini...

Monday, June 20, 2011

Bahagian Keempat: Cara Meningkatkan Minat Belajar Anak

Bagaimana cara menyerlahkan bakat anak sewaktu proses pembelajaran?



Assalamu'alaikum Wrmbth

Alhamdulillah kita mendapat kekuatan untuk meneruskan perbincangan tentang topik ini.
Sebenarnya topik ini bukan hanya bertumpu pada anak-anak yang berumur di bawah lapan tahun, tetapi ianya lebih bersifat UMUM. Walaupun pelajar diperingkat menengah dan yang telah berada di institusi pengajian tinggi juga perlu menitik beratkan cara belajar dan cara menerima pengajaran. Tetapi kita akan kupas isu ini pada masa akan datang jika di izinkan Allah.

Tugas pendidik samada ibu bapa atau guru bukan sekadar mengajar apa yang telah ditetapkan oleh silibus pelajaran semata-mata. Ini adalah kesilapan yang sangat besar!!.
Pendidik juga bertindak sebagai pemangkin(medium) untuk seseorang anak itu menyerlahkan bakat yang tidak kita ketahui. Ini kehebatan dan kebesaran Allah, Tuhan pemerintah sekalian alam. Kadangkala anak-anak ini mampu memberikan pandangan atau idea yang sangat bernas dan tidak terfikir oleh orang dewasa seperti kita.

PERSOALANNYA, ADAKAH KITA PERNAH BERTANYA ATAU MEMBERIKAN PELUANG KEPADA MEREKA?



Kita pernah bincangkan dibahagian kedua bahawa proses pembelajaran mestilah bersandarkan kepada 2 unsur, iaitu Teori dan Praktikal. Ini sangat benar, kerana jika pendidik mengamalkan kedua-dua unsur ini, secara tidak langsung anak ini akan mula berfikir dan menjadi kreatif. Pada masa-masa inilah kita perlu memebri peluang kepada anak-anak ini untuk melontarkan pandangan atau idea mereka. Disamping itu juga, ianya dapat membina kekuatan diri dan keyakinan anak-anak itu untuk tampil bersuara dan menyatakan apa yang di fikirkannya baik.

Tetapi adakah kita memberikan peluang sebegini? Biarlah kita berterus terang. Rata-rata pendidik MENGABAIKAN dan MENOLAK elemen ini kerana bersandarkan alasan-alasan yang sangat kolot. Apa alasan yang digunakan?

  • Tidak cukup masa untuk habiskan silibus
  • Pandangan mereka tidak relevan
  • Mereka masih kecil dan tidak faham
  • Pelajar terlalu ramai, dan pandangan terlalu banyak
Dan bermacam-macam lagi.

Adakah kita sedar bahawa anak-anak ini bakal menjadi dewasa, bakal berjaya, bakal memimpin?

Serlahkan bakat anak-anak semasa proses pembelajaran dijalankan. Jika terdapat topik yang memerlukan anak-anak untuk berfikir, berikan mereka ruang dan peluang. Samada relevan atau tidak adalah perkara yang terbawah. Yang penting kita mahu mewujudkan proses pembelajaran yang sangat berkesan dan tidak membosankan. Jangan tolak idea mereka mentah-mentah. Sebaliknya, perbetul dan perbaikinya.


Selesai perbincangan keempat topik ini....

Bahagian Ketiga: Cara Meningkatkan Minat Belajar Anak

Adakah apa-apa tips untuk menarik minat anak-anak ini?




Assalamu'alaikum Wrmbth

Belajar bukanlah hanya sekadar menelaah buku tanpa ada tujuan tertentu atau hanya sekadar terpaksa kerana disuruh oleh guru. Ini adalah cara yang salah. Kita, samada sebagai ibu bapa ataupun pendidik tidak bijak jika kita hanya mengarah anak-anak untuk belajar tanpa memberikan sedikit dorongan.

Dorongan seperti mana yang perlu diberikan?

Sebelum memulakan sesi pembelajaran, kita mestilah membuat kaji selidik tentang apa yang paling disukai dan tidak disukai oleh anak tersebut. Sebagai pendidik, adalah WAJIB untuk kita untuk cuba memahami atau mendalami anak itu dan bukan sekadar mengajar ala-ala
'Syok Sendiri'.
Iaitu dialog yang kerap digunakan di kelas-kelas di sekolah:

Guru bertanya, "Semua murid faham ye!!. Murid pun menjawab, "Faham!!"

Namun pada hakikatnya daripada 100%, hanya kira-kira 50% atau kurang sahaja yang betul-betul faham apa yang diajarkan. Apa salahnya jika pendidik, samada ibu bapa/guru, membuat tugasan yang lebih sedikit demi untuk memastikan anak-anak ini tidak keciciran dan akhirnya hilang minat untuk belajar.

Sebab itulah, pada bahagian ketiga ini, perlu ditekankan bahawa, carilah cara untuk menaikkan mood belajar anak sebelum proses pembelajaran dimulakan.




Contohnya: Jika anak itu sangat suka melukis gambar, ajaklah anak itu untuk melukis apa sahaja yang disukainya, kemudian selepas melukis beberapa gambar, kita perhatikan mood anak-anak itu. Dalam hal ini kita mestilah belajar untuk menjadi lebih peka. Jika didapati mood anak itu telah meningkat iaitu jika di lihat lebih ceria dan terdapat sedikit gelak ketawa atau senyuman, maka barulah kita boleh memulakan sesi pembelajaran.

PERLU DIINGAT!!, kita tidak bijak jika terus memulakan pembelajaran tanpa mengetahui mood anak itu.

Kita boleh lihat perbezaan sikap pada anak tersebut jika kita terlalu lurus atau tegas. Apa tanda-tanda pada anak jika kita tidak menaikkan moodnya:




  • Ekspresi muka anak akan tidak ceria atau masam sepanjang tempoh pembelajaran.


  • Anak akan kerap menguap dan mengantuk
  • Akhirnya, anak-anak akan menjadi bosan dan tidak dapat menyerap sebarang maklumat.

Selesai perbincangan bahagian ketiga topik ini.....

Wednesday, June 15, 2011

MARI BELAJAR: BAHASA MELAYU TAHUN 2

TOPIK 1: KATA NAMA
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA.

Mari kita mulakan dengan KATA NAMA BETUL.

Kata nama betul di bahagiakan kepada 2 iaitu:
  1. Kata Nama Am
  2. Kata Nama Khas

Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.


CONTOHNYA:



  • Manusia/Orang - Ayah, Ibu, Kakak, Abang, Polis, Doktor, Guru Dll

  • Binatang - Kucing, Ikan, Gajah, Kambing dan Dll


  • Tumbuh-tumbuhan - Bunga, Pokok, Rumput Dll


  • Benda - Motokar, Pen, Radio Dll



  • Tempat - Sekolah, Pejabat, Klinik Dll

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Best Buy Printable Coupons