Home Tuition Service for UPSR PMR & SPM

We provides home tuition service for UPSR PMR & SPM LEVEL

Subjects such as Mathematics, Physics, Biology, Basic Economics, Finance Principal Account and others are offered to you right at your door steps.

Our tuition tutors are capable with their knowledge & experiences to guide your children to success.

Do call us at 0192653791 (CIKGU AZMI) and 0173047278 CIKGU FAIZAL

Tuesday, November 15, 2011

Kata-kata Mutiara Pada Hari Ini...


Renungilah kata-kata mutiara ini..

Monday, November 14, 2011

PEPERIKSAAN SPM 2011


Assalamualaikum Wrmbth. Kepada para calon Peperiksaan SPM 2011.

Cikgu doakan kejayaan buat semua calon-calon SPM yang dirahmati Allah. Di sini cikgu nak bagi sikit tips bagi menghadapi peperiksaan yang akan menjadi penentu masa depan adik-adik.

  1. Jangan belajar melebihi 3 jam berturut-turut untuk sesuatu subjek. Belajar dengan berhemah dan bijak.
  2. Pastikan adik-adik menjaga makan dan kekal sihat.
  3. Jauhi aktiviti-aktiviti luar yang boleh memudaratkan contohnya bermain futsal dan sebagainya.
  4. Jangan makan organ dalaman haiwan, kepala ikan, makanan ringan kerana ianya boleh menyebabkan masalah pelupa.
  5. Jangan menonton video-video yang tidak senonoh dan bertentangan dengan syara'.
  6. Pastikan adik-adik mendapat rehat yang cukup. Jangan amalkan tidur siang yang berlebihan.
  7. Jaga hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan.
  8. Jumpa guru-guru anda dan mohon maaf serta minta dihalalkan segala ilmu untuk mendapat keberkatan dari Allah.
  9. Pintalah ampun dan doa dari ibu dan bapa. Ini sangat penting kerana redha Allah terletak pada redha ibu.
  10. Amalkan bangun malam untuk bertahajjud. Jangan lupa untuk solat sunat taubat dan seterusnya solat sunat hajat. Jangan lupa bahawa ilmu itu adalah milik Allah.
  11. Amalkan makanan sunnah seperti kismis, kurma, habbatus sauda dan banyakkan meminum susu terutamanya susu kambing.
  12. Jangan hafal keseluruhan nota tanpa ada tujuan, buatlah nota ringkas yang anda paling mudah fahami.
  13. Sebelum masuk ke dewan peperiksaan, elakkan membuka buku lagi. Tenangkan fikiran, sedekahkan senyuman, dan letakkan yakin 100% pada Allah yang Maha Luas IlmuNya. Amalkan baca surah Al-Insyirah dan mulakan langkah sebelum keluar rumah, memakai kasut dan masuk ke dewan peperiksaan dengan kaki kanan.
Cikgu akan mendoakan kejayaan buat semua, terutamanya kepada anak-anak didik cikgu. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin

Thursday, September 29, 2011


Anak anda akan menduduki peperiksaan penting pada 2012? Jangan tunggu lagi, tingkatkan prestasi anak anda dan mencapai kejayaan yang gemilang.

Hubungi saya, Cikgu Faizal untuk khidmat Home Tuition pada semua peperiksaan penting UPSR, PMR dan SPM serta semua subjek dari peringkat sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. InsyaAllah, saya akan bantu anak anda.

Telefon sekarang, 0196969515/0173047278

Monday, September 19, 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011

Peperiksaan percubaan ini akan menjadi kayu pengukur kepada kekuatan dan kelemahan pelajar dalam menghadapi peperiksaan sebenar. Jangan lalai dan sambil lewa, anggaplah seperti peperiksaan sebenar. Banyakkan doa dan tingkatkan tawakkal kepada Allah.

Saya mendoakan kejayaan semua bakal calon-calon peperiksaan terutamanya kepada pelajar-pelajar 'Home Tuition' saya.

Sunday, September 4, 2011

Bagaimana Untuk Menguasai Subjek Ekonomi Asas?


Assalamu'alaikum Wrmbth

Di sini saya ingin berkongsi tips tentang cara untuk memahami konsep ekonomi dan kepentingannya, khusus kepada pelajar-pelajar yang megambil subjek ini dan akan menduduki peperiksaan.

Sebelum itu, saya ingin bertanyakan soalan. Adakah anda menukar siaran televisyen ketika berita bahagian ekonomi disiarkan?

Jawapannya: BERGANTUNG. Lebih 80% orang awam akan menukar siaran televisyen ketika berita ekonomi disiarkan.

Belajar Teori
Saya sangat gembira dan bangga kepada pelajar yang telah memilih bidang perakaunan dan ekonomi, kerana ini bukanlah subjek yang mudah. Samada memang berminat atau terpaksa atau tiada pilihan bukanlah isunya. Jika tidak berminat, maka boleh dipupuk perlahan-lahan tetapi jika hanya belajar teori sahaja memang tidak cukup untuk menimbulkan minat.

Asas adalah penting, tetapi jika asas telah ada namun tidak faham pun tidak dapat membantu di dalam peperiksaan.

Cara Untuk Memahami dan Menguasai
Mulai daripada hari ini, iaitu daripada tarikh artikel ini disiarkan, jika anda kerap menukar siaran televisyen ketika berita ekonomi, maka hentikan perbuatan tersebut. Ambil sedikit masa dan dengar apa yang diperkatakan kerana berita ekonomi biasanya mengambil masa tidak lebih daripada 15 minit.

Saranan kepada ibu bapa/penjaga yang dihormati, galakkan anak-anak untuk mendengar siaran berita ekonomi. Ini penting, kerana ianya akan membantu anak dalam menjawab soalan peperiksaan. Jadi, jangan bertangguh lagi, amalkan dari sekarang.

Mengapa Perlu Buat Seperti Perkara Yang Disarankan?
Begini, subjek ekonomi tidak cukup sekadar belajar melalui buku teks dan rujukan semata-mata. Di dalam peperiksaan, bagi soalan subjektif, sekma soalan akan lebih berkisar kepada 'situasi'. Apa maksud situasi? Situasi bermaksud, pelajar diminta menjawab soalan dengan menggunakan daya kepekaan terhadap 'situasi' yang diberikan dan menggunapakai beberapa konsep ekonomi yang telah dipelajari. Dengan kata lain, soalan bukanlah sekadar bertanya tentang konsep semata-mata, tetapi ianya boleh diolah tentang bagaimana untuk mengaplikasikan konsep tersebut mengikut kesesuaian.

Sebab itu, pelajar perlu faham dan menguasainya. Ekonomi ialah perkara yang kita sebagai isi rumah gunakan setiap hari. Contohnya, apabila membeli barang atau perkhidmatan, isi rumah akan mendapatkan harga yang murah yang dapat mencapai kepuasan maksimum terhadap barang atau perkhidmatan tersebut. Inilah ekonomi. Contoh lain yang kita asyik perkatakan setiap hari, apabila harga barang naik, permintaan akan turun kepada kuasa beli(kemampuan) isi rumah terhad.

Jadi, jangan susahkan diri dengan belajar tanpa tujuan dan hanya untuk menghadapi peperiksaan semata-mata. Cuba mendalami apakah intipati ekonomi asas itu, InsyaAllah anda akan berjaya menjawab soalan dengan jayanya.

Thursday, September 1, 2011


Assalamu'alaikum Wrmbth

"Ramadhan Berlalu Pergi Ditangisi, Syawal Menjelma Dirai, Tingkatkan Iman dan Amal di dalam Diri, Selamat Hari Raya Aidilfitri"

Kami menyusun 10 jari dan memohon kemaafan kepada semua umat islam di seluruh dunia Amnya dan di Malaysia Khususnya andai terdapat sebarang kesalahan di atas kejahilan kami melalui penulisan di blog ini.

Kami mendoakan semoga kita semua diberikan rahmat dan keberkatan serta pemeliharaan dari Allah zat yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Sunday, August 28, 2011

Home Tuition dan Pengaruh Tidak Sihat

Assalamu'alaikum Wrmbth,
Kini ramai ibubapa muslim yang majoritinya berbangsa melayu faham kepentingan home tuition pada anak-anak mereka. Tetapi sedarkah anda bahawa semasa anda mengambil khidmat dari tutor bukan islam, ada diantara mereka yang sambil menyelam minum air meracuni minda anak-anak dengan dakyah kristian? Nau'zubillahi Min Zalik

Artikel ini saya kongsikan bagi mereka yang menyayangi islam, buatlah sesuatu walaupun kecil kerana Allah SWT akan mengira setiap amal walaupun sebesar zarah sekalipun
(Sinar Harian 29 Ogos 2011)

Pada 5 Ogos 2011, saya telah menulis satu artikel dalam blog saya, http://ridhuantee.blogspot.com, bertajuk “Awasi dakyah Kristian”. Kisah benar bagaimana perancangan Kristian memurtadkan orang Melayu Islam ketika mereka masih kanak-kanak lagi. Namun, tidak ramai yang ambil pusing, sehinggalah berita ini diperbesarkan oleh sebuah akhbar yang dituduh oleh ultra kiasu sebagai akhbar rasis atau ultra Melayu. Akhbar ultra kiasu tidak kurang juga ultranya, tetapi mereka tidak pernah disalahkan, maklumlah sekapal.

Artikel ini pada mulanya saya tulis untuk akhbar ‘ultra Melayu’ tersebut untuk siaran 7 Ogos 2011, kerana ketika itu isunya masih panas, berkaitan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama. Malangnya, ia tidak disiarkan. Mungkin editor akhbar itu menganggap saya mereka-reka cerita ataupun editornya mungkin takut untuk menyiarkannya. Saya berterima kasih kepada akhbar Sinar Harian kerana begitu neutral dan berani menyiarkan setiap penulisan saya walaupun ada akhbar lain yang merasa kecut.

Cikgu S yang dimaksudkan itu adalah sahabat karib saya, seorang guru bahasa, berbangsa India beragama Kristian yang mengajar di salah sebuah sekolah rendah di Lembah Kelang. Kami sering berhubung dan bertukar-tukar pandangan mengenai agama. Beliau amat menghormati agama Islam. Seperti yang telah saya sebutkan dalam artikel itu, beliaulah yang memberikan segala bukti bagaimana seorang kanak-kanak darjah satu diajar oleh guru tuisyennya mengenai Kristian dan Nabi Isa. Kanak-kanak lebih memahami Kristian daripada Islam. Beliau telah mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berkuasa, tetapi tidak ramai yang mengambil berat sehinggalah berita tersebut disensasikan oleh media. Terfikir juga saya, siapa sebenarnya bertanggungjawab menjaga kepentingan Islam, orang Islam atau orang bukan Islam? Kita hanya sensitif bila isu menjadi sensasi. Maklumlah mahu mencari publisiti. Sedarkah kita akan implikasi ke atas Islam jika ramai yang murtad?

Terus terang, saya amat jarang jumpa non-Muslim yang amat prihatin dengan orang Melayu dan agama Islam. Beliau seolah-olah sudah Islam di sisi Allah SWT. Tertanya-tanya juga dalam diri, kenapa tidak ramai orang Islam seperti beliau. Saya yakin selepas ini jika identiti beliau didedahkan, beliau akan menjadi sasaran bukan Islam, terutama orang Kristian. Saya berdoa kepada Allah SWT, semoga beliau tabah dan kehidupannya diberkati. Tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan memeluk agama Islam. Saya memohon kepada umat Islam, jika ditakdirkan beliau menjadi mangsa, marilah kita bersama-sama membelanya, walaupun beliau masih belum Islam. Masih banyak lagi bukti-bukti bagaimana jahatnya perancangan orang lain terhadap Islam yang masih belum diceritakan.

Saya sebenarnya tidak mahu bersangka buruk kepada orang Kristian. Tetapi realiti yang berlaku, membenarkan sangkaan buruk saya ini. Missionari Kristian bergerak aktif dalam segala aspek. Mereka akan mengambil kesempatan, ruang dan peluang untuk menyebarkan agamanya kepada orang Melayu (Islam), walaupun dilarang oleh undang-undang. Namun, atas alasan hak asasi manusia dan mendapat perlindungan antarabangsa, mereka nampak kebal dan tetap meneruskan niat jahat mereka mencabar kedudukan agama Islam. Sedihnya, kita terlalu berlembut.

Sedangkan kita semua tahu, agama Islam tidak boleh disamaratakan dengan agama bukan Islam. Kita boleh berkongsi nilai-nilai baik agama-agama, tetapi kita tidak boleh berkongsi agama, kerana bagi kamu agamamu, bagi aku, agamaku. Itulah ingatan Allah dalam surah al-Kafiruun, Lagipun, Islam mendapat perlindungan dalam perlembagaan. Sila rujuk perkara Perkara 8, iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya. Perkara 10 (4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. Perkara 38, iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam. Perkara 150 (6a), iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat. Perkara lain yang berkaitan dengan kedudukan Agama Islam ialah: Perkara 11 (4) - tentang kebatasan kebebasan agama orang Islam. Perkara 12 (2) - peranan Persekutuan dan suatu negeri dalam memajukan pendidikan Islam.

Peruntukan inilah yang membezakan antara Malaysia dengan negara-negara Islam yang lain. Negara-negara Islam yang majoriti umat Islamnya begitu besarpun tidak ada peruntukan yang sebegini rapi, misalnya Indonesia dan Mesir, tetapi kita ada. Lantaran, golongan ultra kiasu amat tidak selesa dengan peruntukan istimewa ini. Ada percubaan mendesak supaya peruntukan ini dipinda tetapi gagal. Walau bagaimanapun, tidak mustahil peruntukan ini akan dipinda atau mungkin juga dimansuhkan sekiranya umat Islam terus berpolitik dan berpecah. Kita lebih mengutamakan agenda mengekal dan mempertahankan kuasa daripada menjaga kesucian agama Islam yang semakin hari semakin ternoda.

Sedarlah wahai saudaraku, orang Melayu akan hancur tanpa Islam. Islamlah yang memartabatkan orang Melayu selama ini. Tanpa Islam atau jika ditakdirkan Islam tidak sampai ke Alam Melayu, orang Melayu masih lagi menganut agama anamisme dan menyembah berhala. Tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan ketika Melayu belum lagi memeluk Islam. Perlu diingat, ribuan tahun orang Melayu berada dalam kekufuran sebelum datangnya Islam.

Kerajaan Melayu Islam Melaka yang ditegakkan tidak begitu popular dan terkenal. Namun, setelah Melayu menerima Islam 600 tahun dahulu, tiba-tiba nama Melayu dan Melaka melonjak. Siapakah yang melonjakkan nama Melayu kalau bukan Allah SWT. Bangsa ini hanya terdarjat apabila diangkat oleh Allah menjadi bangsa bermaruah dengan Islam.

Malangnya, kita mudah lupa fakta ini. Hari ini, bukan kita ikut Islam, tetapi kita mahukan Islam ikut kita. Dalam kata lain, kita mahu Islam ikut sains, bukannya sains yang mesti mengikut Islam. Begitu juga dalam konteks pemerintahan, Islam memerintah bukannya Islam diperintah.

Justeru, janganlah hari ini kita terlalu sombong dan bongkak sehingga menjadi sukar untuk menjaga kepentingan Islam, semata-mata untuk mempertahankan harta, takhta dan kuasa. Semuanya ini hanya bersifat sementara, kerana ia bukan milik kita, tetapi milik Allah. Kuasa yang ada boleh datang dan pergi apabila tibanya masanya. Tetapi Allah dan Islam tetap akan kekal abadi. Islam tidak akan tercabut walaupun mungkin sesuatu bangsa itu mungkin pupus. Islam tetap akan terpelihara, walaupun ada yang tidak memperdulikannya. Islam mendapat jagaan Allah, tetapi kuasa dan takhta belum tentu.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Faktor apakah yang menyebabkan sehingga kita terpaksa tunduk kepada desakan dan tuntutan orang bukan Islam yang tidak munasabah dan amat licik. Sudah terang lagi bersuluh, mereka melakukan kesalahan, kita terus bersangka baik? Mereka yang benar, menjalankan kerja dan tanggungjawab, dipersalahkan. Manakala mereka yang salah, dikatakan betul. Apakah neraca kita yang digunakan dalam penentuan timbang tara ini?

Wednesday, August 24, 2011

MENCARI LAILATUL QADR


Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Qadr:
Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur`an itu pada malam al-Qadr

Tahukah engkau apakah malam al-Qadr itu?

Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan

Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah)

sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing.


MARILAH KITA BERAZAM UNTUK MENDAPATKAN LAILATUL QADR IAITU MALAM YANG LEBIH BAIK DARIPADA 1000 BULAN.


Manfaatkan setiap peluang yang ada di akhir-akhir bulan yang Mulia dan Penuh Baraqah ini dengan amal ibadat dan mohonlah keampunan kepada Allah lagi dan lagi.

Wednesday, August 3, 2011

Kata-kata Mutiara Pada Hari Ini..


Carilah alternatif pembelajaran selain yang diajar di sekolah. Dan alternatif yang terbaik dan terbukti adalah 'Home Tuition'. Mulakanlah langkah ke arah kejayaan ini, jangan bertangguh lagi, masih belum terlambat. Peperiksaan semakin hampir. Masa depan bakal ditentukan.

Kota kemuning Intensive Home Tuition Service

Assalamu'alaikum Wrmbth & Good day to you,

Does your child facing problems in their studies and Major examinations are just around the corner?

Are they currently in STANDARD 5,FORM 2 and FORM 4 this year & will  be sitting for UPSR 
PMR & SPM next year?

Worried that 2011 long year end school break will make them forget the lesson at school? 
 Have no FEAR, we can help you give your child a COMPETITIVE EDGE for the coming exams.
 Call CIKGU AZMI 0192653791 or CIKGU FAIZAL 0173047278 for home teacher / tutor services.

We'll arrange the suitable time and date for the tuition class. 

Monday, August 1, 2011


Assalamu'alaikum Wrmbth

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Kareem.

Jadikanlah bulan yang mulia ini sebagai wadah untuk mempertingkatkan lagi taqwa kepada Allah S.W.T. Tingkatkan azam dan amal untuk berubah ke arah yang diredhai. Perbanyakkanlah fikir dan risau atas amal dan umat, berdoalah supaya hidayah Allah sampai bukan hanya pada kita tetapi kepada orang lain juga. InsyaALLAH.

Thursday, July 21, 2011


Mari sertai kami belajar bersama melalui online tuition. Pertingkatkan lagi tahap pembelajaran di sekolah, di MANTAPkan lagi dengan HOME TUITION dan diPERKUKUHkan lagi dengan pembelajaran ONLINE.

Kami akan kongsikan nota-nota ringkas, soalan-soalan ramalan dan tips-tips untuk menghadapi peperiksaan serta laluan untuk mencapai kejayaan yang maksimum.


Apa tunggu lagi?peperiksaan semakin hampir, masa depan bakal ditentukan. Dapatkan khidmat HOME TUITION anda disini sekarang juga..

Ekonomi Asas Tingkatan 4: Bab 1 bahagian 2




Masalah Ekonomi

  1. Masalah ekonomi ialah Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas.
  2. Kekurangan ialah keadaan apabila tiada sumber yang mencukupi untuk memenuhi semua kehendak manusia. Kehendak manusia adalah tidak terhad.
  3. Pilihan pula dibuat supaya sumber yang ada digunakan atau diolah dengan rasional dan secekap mungkin.
  4. Kos lepas ialah apabila barang kedua terbaik terpaksa dilepaskan.
Apakah contoh masalah ekonomi?

Kerajaan
  • Kekurangan - kekurangan sumber-sumber kewangan seperti hasil cukai dan bukan cukai.
  • Pilihan - Projek yg mendatangkan faedah kpd rakyat. Contoh: Sekolah, Hospital
  • Kos Lepas - Projek kedua terbaik yg kurang memberi faedah kpd rakyat. Contoh: Pembinaan kapal selam.

Jenis Barang


Barang bleh dibahagaikan kepada 3, iaitu:





  • Barang Percuma - Boleh digunakan sepuas-puasnya tanpa had dan penawarannya tidak terhad. Contoh: Cahaya matahari, udara, pantai, dsb.



  • Barang Ekonomi -Penggunaannya terhad dan terpaksa dibayar. Contoh: Kasut, radio, televisyen, kereta, dsb.



  • Barang Awam - boleh digunakan sepuas-puasnya tanpa bayaran tetapi penawarannya terhad. Contoh: jalanraya, padang awam, dsb.

Barang-barang tersebut akan berubah antara satu sama lain jika fungsinya berubah.
Contoh: air adalah barang percuma, namun jika ianya dibotol dan ditapis utk dijual kepada pengguna, pengguna terpaksa membayar utk mendapatkannnya.

Barang Percuma ------> Barang Ekonomi



bersambung....


















Wednesday, July 20, 2011

Ekonomi Asas Tingkatan 4. BAB 1: Apa itu EKONOMI?




Assalamu'alaikum Wrmbth

Saya ingin bertanya kepada anda, adakah anda faham apa itu ekonomi? Adakah ianya ada kena mengena dengan kehidupan seharian kita?



Ekonomi adalah kajian tentang tingkah laku manusia dalam menghadapi masalah kekurangan.

Kekurangan dari segi apa?
Tahukah anda bahawa manusia mempunyai kehendak yang sangat mustahil untuk dipenuhi atau dipuaskan? YA, kehendak manusia adalah tidak terhad. Apakah itu kehendak? Kehendak adalah sesuatu alternatif yang diidamkan manusia dan kadangkala ianya adalah untuk bersifat bermewah-mewahan. Contoh: kereta, rumah, set hi-fi dan sebagainya.

Namun, ,masalah yang dihadapi oleh semua negara diseluruh dunia adalah SUMBER EKONOMI YANG TERHAD DAN KEHENDAK MANUSIA YANG TIDAK TERHAD.

Sumber ekonomi yang terhad membawa maksud:
  • Buruh - boleh bekerja dalam pelbagai bidang seperti guru, pensyarah, akauntan, jurutera, dsb bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan.



  • Tanah - boleh ditanam dengan tanaman bagi menghasilkan barang & perkhidmatan.


  • Modal - merupakan kilang, jentera, bangunan atau mesin dalam mengeluarkan barang dan perkhidmatan.



  • Usahawan - pengeluar yang mengeluarkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan.


Bersambung....

Thursday, July 14, 2011

Kata-kata Mutiara Pada Hari Ini..

Friday, July 8, 2011

HOME TUITION BUKIT SUBANG PHYSICS SPM

Assalamu'alaikum Wrmbth,

One NEW HOME TUITION CASE at Taman Bukit Subang. Details of Tuition case are provided below:

Location: Taman Bukit Subang, Shah Alam
Special Request: Experience tutor in teaching physics
Subject: Fizik @ Physics SPM
Bil Pelajar: Seorang / 1 pax
Session: 2hours/class & 2 class/month
Status: CLOSED
Kod: CLOSED

We provide the best home Tuition Service in town,Interested parent & student can contact CIKGU AZMI on 0192653791 or through email at cikgutuitioncentre@gmail.com

Monday, July 4, 2011


Adakah anda berpuashati dengan prestasi pelajaran anak anda? Adakah anda mendapati anak anda kerap mengalami 'stress' ketika belajar bersendirian? Adakah anda yakin pembelajaran di sekolah sudah cukup untuk anak anda? Adakah jawapan untuk permasalahan ini?


JAWAPANNYA DISINI..
Dapatkan khidmat Home Tuition anda disini. Pembelajaran yang tidak membosankan dapat membantu anak anda mudah mengingat, memahami, dan seterusnya menjawab kertas soalan peperiksaan dengan tenang dan penuh kesediaan.

Renungan Untuk Hari Ini..


Kejayaan datang apabila usaha di selangi dengan tawakkal..
apalah gunanya tawakkal tanpa usaha..
..dan apalah gunanya usaha tanpa tawakkal..

Thursday, June 30, 2011

Renungilah dan Fikirkan..


Maka itulah pentingnya belajar...
Maka dapatkanlah khidmat Home Tuition bagi mempertingkatkan lagi prestasi. Tidak cukup hanya bergantung kepada sekolah.

Friday, June 24, 2011

Apa kebaikan 'Home Tuition'?


Home Tuition masih relevan dan masih terbukti antara medium yang terbaik untuk meningkatkan kecemerlangan murid/pelajar. Walaupun sudah terdapat berbagai jenis online tuition atau program E-education, Home Tuition masih menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.

Dengan bersandarkan guru-guru yang berpengalaman dan teknik pengajaran yang betul, InsyaALLAH prestasi pelajaran anak akan meningkat. Namun, apa yang penting ialah kemahuan dan minat murid/pelajar itu sendiri dalam menetapkan matlamat untuk berjaya.

Home Tuition dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada seorang pelajar berbanding cara belajar di sekolah, dimana terlalu ramai pelajar di dalam satu-satu kelas. Pasti dan pasti akan ada yang keciciran.

Maka Home Tuition dilihat adalah medium terbaik untuk memastikan anak-anak terus cemerlang dan cemerlang.

Tuesday, June 21, 2011

Kata-kata Mutiara

Renungilah dan hayatilah kata-kata ini..

Bahagian Kelima: Cara Meningkatkan Minat Belajar Anak



Cara manakah yang lebih baik? MEMBERI GANJARAN atau MENGHUKUM?


Assalamu'alaikum Wrmbth

Mari kita menggamit semula kenangan lama ketika kita masih kanak-kanak. Jika ditanya bagaimanakah cara orang tua kita mendidik kita dahulu? Rata-rata akan menjawab, "Dengan Rotan". Adakah cara ini masih relevan pada zaman sekarang?Adakah dengan cara menghukum yang memang dengan niat baik masih boleh digunapakai kepada anak-anak zaman sekarang?

Ini jawapannya: Bergantung.

Sebagai pendidik kita perlu belajar dan bijak dalam menangani sebarang isu berkaitan anak-anak/pelajar. Pendidik perlu bijak menyesuaikan bilakah masanya untuk menghukum dan bilakah masanya untuk memberi ganjaran.

Soalan: Mengapa perlu memberi ganjaran?Bukankah hukuman boleh meningkatkan disiplin untuk belajar lebih tekun?

Memang benar, kita belajar sesuatu kesilapan itu selepas kita melalui kesilapan itu dan mendapat hukuman. Tetap itu jika anak itu melakukan kesilapan. Bagaimanapula jika anak itu mencapai sesuatu kejayaan samada bersifat kecil atau besar?

Sebenarnya, sangat penting untuk kita MEMOTIVASIKAN anak daripada MENGHAKIMI anak. Dengan memberi ganjaran akan menaikkan motivasi anak untuk lebih tekun dan menumpukan perhatian untuk mencapai sesuatu matlamat. Tetapi ada juga yang berpendapat
bahawa anak hanya akan belajar untuk lulus peperiksaan atau ujian semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Teori ini lebih baik daripada tidak memotivasikan anak langsung. Samada anak itu cemerlang, lulus atau gagal, tidak ada bezanya bagi kita atau pada anak.

Ganjaran bukanlah bermaksud mesti berikan hadiah-hadiah yang berbentuk barangan atau yang material. Teknik ini boleh diamalkan pada bila-bila masa. Contoh, ketika sedang mengajar dan anak berjaya menjawab sesuatu soalan itu, berikanlah hadiah seperti coklat ataupun gula-gula. Setiap kali anak berjaya menjawab soalan, berilah ganjaran walaupun hanya sekecil dan semurah gula-gula. Lihatlah reaksi si anak jika mendapat ganjaran tersebut. Bukankah mereka akan gembira dan bertabah ceria. Ini juga akan menambahkan lagi semangat anak untuk mendapatkan jawapan yang betul pada setiap kali. Tetapi ingat, perlu berpada-pada ketika memberi ganjaran. Tidak terlalu kerap dan jangan tidak beri langsung. Kawalan di tangan anda.

Ada lagi kebaikan memberi ganjaran seperti coklat dan gula-gula. Kadangkala anak mungkin terlalu letih atau kurang bertenaga. Ketika belajar, anak akan menjadi mengantuk. Berikanlah gula-gula atau coklat atau sesuatu yang ringan untuk dikunyah, InsyaALLAH anak akan kurang mengantuk.



Cuba anda perhatikan riak muka anak, jika kita mengajar dengan cara terlalu tegas/garang dan kerap menghukum. Adakah anak akan gembira dan bersemangat?. Jaminan yang boleh diberi ialah pasti anak akan jadi takut dan malas untuk belajar.

Ada soalan lagi: Bagaimana pula jika anak tidak mendapat menjawab soalan dengan betul atau prestasi peperiksaan tidak memberangsangkan? Adakah perlu dihukum?



Jawapannya, cara yang bijak ialah kita berikan ganjaran juga. Kenapa? sebabnya, mari kita selami perasaan atau emosi anak yang mendapat keputusan yang rendah ini.
Pastinya mereka akan hilang keyakinan diri, tiada semangat, hampir hilang motivasi, malu dengan rakan-rakan, takut dimarahi guru, kemudian takut pula dimarahi ibu bapa. Baik, sekarang kita telah menyelami perasaan dan emosi mereka, semua berunsur NEGATIF. Disinilah peranan kita untuk menyuntik semula unsur POSITIF. Apa contohnya?


  • Berikan kata-kata semangat kepada anak. Cakaplah dalam intonasi yang lembut sambil mengusap rambut anak dan berikan sedikit ciuman.


  • Berikan juga hadiah kepada anak walaupun kecil, di atas usahanya membuat ulangkaji walaupun keputusannya kurang baik. Dalam masa yang sama berikan anak harapan baru dengan menawarkan ganjaran yang lebih baik pada peperiksaan akan datang.

  • Guru juga mesti memainkan peranan untuk meningkatkan semula motivasi anak ini. Berikanlah sesi khas untuk anak ini, ajar anak ini dengan cara yang berbeza, gunakan kaedah pengajaran yang lain. Iaitu yang lebih sesuai dengan mindanya. Jangan terlalu menekan.


Kata semangat seperti "Jangan mudah berputus asa", "Jangan mengaku kalah", "Teruskan usaha, mara kehadapan", "Belajarlah dari kesilapan, kamu pasti akan berjaya" dan sebagainya seharusnya kerap digunakan dan kerap bermain dibibir para pendidik dan ibu bapa. Dorongan seperti inilah yang diperlukan oleh anak-anak untuk membesar dan berjaya.

Selesai perbincangan bahagian kelima topik ini...

Monday, June 20, 2011

Bahagian Keempat: Cara Meningkatkan Minat Belajar Anak

Bagaimana cara menyerlahkan bakat anak sewaktu proses pembelajaran?



Assalamu'alaikum Wrmbth

Alhamdulillah kita mendapat kekuatan untuk meneruskan perbincangan tentang topik ini.
Sebenarnya topik ini bukan hanya bertumpu pada anak-anak yang berumur di bawah lapan tahun, tetapi ianya lebih bersifat UMUM. Walaupun pelajar diperingkat menengah dan yang telah berada di institusi pengajian tinggi juga perlu menitik beratkan cara belajar dan cara menerima pengajaran. Tetapi kita akan kupas isu ini pada masa akan datang jika di izinkan Allah.

Tugas pendidik samada ibu bapa atau guru bukan sekadar mengajar apa yang telah ditetapkan oleh silibus pelajaran semata-mata. Ini adalah kesilapan yang sangat besar!!.
Pendidik juga bertindak sebagai pemangkin(medium) untuk seseorang anak itu menyerlahkan bakat yang tidak kita ketahui. Ini kehebatan dan kebesaran Allah, Tuhan pemerintah sekalian alam. Kadangkala anak-anak ini mampu memberikan pandangan atau idea yang sangat bernas dan tidak terfikir oleh orang dewasa seperti kita.

PERSOALANNYA, ADAKAH KITA PERNAH BERTANYA ATAU MEMBERIKAN PELUANG KEPADA MEREKA?



Kita pernah bincangkan dibahagian kedua bahawa proses pembelajaran mestilah bersandarkan kepada 2 unsur, iaitu Teori dan Praktikal. Ini sangat benar, kerana jika pendidik mengamalkan kedua-dua unsur ini, secara tidak langsung anak ini akan mula berfikir dan menjadi kreatif. Pada masa-masa inilah kita perlu memebri peluang kepada anak-anak ini untuk melontarkan pandangan atau idea mereka. Disamping itu juga, ianya dapat membina kekuatan diri dan keyakinan anak-anak itu untuk tampil bersuara dan menyatakan apa yang di fikirkannya baik.

Tetapi adakah kita memberikan peluang sebegini? Biarlah kita berterus terang. Rata-rata pendidik MENGABAIKAN dan MENOLAK elemen ini kerana bersandarkan alasan-alasan yang sangat kolot. Apa alasan yang digunakan?

  • Tidak cukup masa untuk habiskan silibus
  • Pandangan mereka tidak relevan
  • Mereka masih kecil dan tidak faham
  • Pelajar terlalu ramai, dan pandangan terlalu banyak
Dan bermacam-macam lagi.

Adakah kita sedar bahawa anak-anak ini bakal menjadi dewasa, bakal berjaya, bakal memimpin?

Serlahkan bakat anak-anak semasa proses pembelajaran dijalankan. Jika terdapat topik yang memerlukan anak-anak untuk berfikir, berikan mereka ruang dan peluang. Samada relevan atau tidak adalah perkara yang terbawah. Yang penting kita mahu mewujudkan proses pembelajaran yang sangat berkesan dan tidak membosankan. Jangan tolak idea mereka mentah-mentah. Sebaliknya, perbetul dan perbaikinya.


Selesai perbincangan keempat topik ini....

Bahagian Ketiga: Cara Meningkatkan Minat Belajar Anak

Adakah apa-apa tips untuk menarik minat anak-anak ini?




Assalamu'alaikum Wrmbth

Belajar bukanlah hanya sekadar menelaah buku tanpa ada tujuan tertentu atau hanya sekadar terpaksa kerana disuruh oleh guru. Ini adalah cara yang salah. Kita, samada sebagai ibu bapa ataupun pendidik tidak bijak jika kita hanya mengarah anak-anak untuk belajar tanpa memberikan sedikit dorongan.

Dorongan seperti mana yang perlu diberikan?

Sebelum memulakan sesi pembelajaran, kita mestilah membuat kaji selidik tentang apa yang paling disukai dan tidak disukai oleh anak tersebut. Sebagai pendidik, adalah WAJIB untuk kita untuk cuba memahami atau mendalami anak itu dan bukan sekadar mengajar ala-ala
'Syok Sendiri'.
Iaitu dialog yang kerap digunakan di kelas-kelas di sekolah:

Guru bertanya, "Semua murid faham ye!!. Murid pun menjawab, "Faham!!"

Namun pada hakikatnya daripada 100%, hanya kira-kira 50% atau kurang sahaja yang betul-betul faham apa yang diajarkan. Apa salahnya jika pendidik, samada ibu bapa/guru, membuat tugasan yang lebih sedikit demi untuk memastikan anak-anak ini tidak keciciran dan akhirnya hilang minat untuk belajar.

Sebab itulah, pada bahagian ketiga ini, perlu ditekankan bahawa, carilah cara untuk menaikkan mood belajar anak sebelum proses pembelajaran dimulakan.




Contohnya: Jika anak itu sangat suka melukis gambar, ajaklah anak itu untuk melukis apa sahaja yang disukainya, kemudian selepas melukis beberapa gambar, kita perhatikan mood anak-anak itu. Dalam hal ini kita mestilah belajar untuk menjadi lebih peka. Jika didapati mood anak itu telah meningkat iaitu jika di lihat lebih ceria dan terdapat sedikit gelak ketawa atau senyuman, maka barulah kita boleh memulakan sesi pembelajaran.

PERLU DIINGAT!!, kita tidak bijak jika terus memulakan pembelajaran tanpa mengetahui mood anak itu.

Kita boleh lihat perbezaan sikap pada anak tersebut jika kita terlalu lurus atau tegas. Apa tanda-tanda pada anak jika kita tidak menaikkan moodnya:




  • Ekspresi muka anak akan tidak ceria atau masam sepanjang tempoh pembelajaran.


  • Anak akan kerap menguap dan mengantuk
  • Akhirnya, anak-anak akan menjadi bosan dan tidak dapat menyerap sebarang maklumat.

Selesai perbincangan bahagian ketiga topik ini.....

Wednesday, June 15, 2011

MARI BELAJAR: BAHASA MELAYU TAHUN 2

TOPIK 1: KATA NAMA
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA.

Mari kita mulakan dengan KATA NAMA BETUL.

Kata nama betul di bahagiakan kepada 2 iaitu:
  1. Kata Nama Am
  2. Kata Nama Khas

Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.


CONTOHNYA:



  • Manusia/Orang - Ayah, Ibu, Kakak, Abang, Polis, Doktor, Guru Dll

  • Binatang - Kucing, Ikan, Gajah, Kambing dan Dll


  • Tumbuh-tumbuhan - Bunga, Pokok, Rumput Dll


  • Benda - Motokar, Pen, Radio Dll



  • Tempat - Sekolah, Pejabat, Klinik Dll

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Best Buy Printable Coupons