Assalamualaikum Wrmbth. Kepada para calon Peperiksaan SPM 2011.
Cikgu doakan kejayaan buat semua calon-calon SPM yang dirahmati Allah. Di sini cikgu nak bagi sikit tips bagi menghadapi peperiksaan yang akan menjadi penentu masa depan adik-adik.
- Jangan belajar melebihi 3 jam berturut-turut untuk sesuatu subjek. Belajar dengan berhemah dan bijak.
- Pastikan adik-adik menjaga makan dan kekal sihat.
- Jauhi aktiviti-aktiviti luar yang boleh memudaratkan contohnya bermain futsal dan sebagainya.
- Jangan makan organ dalaman haiwan, kepala ikan, makanan ringan kerana ianya boleh menyebabkan masalah pelupa.
- Jangan menonton video-video yang tidak senonoh dan bertentangan dengan syara'.
- Pastikan adik-adik mendapat rehat yang cukup. Jangan amalkan tidur siang yang berlebihan.
- Jaga hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan.
- Jumpa guru-guru anda dan mohon maaf serta minta dihalalkan segala ilmu untuk mendapat keberkatan dari Allah.
- Pintalah ampun dan doa dari ibu dan bapa. Ini sangat penting kerana redha Allah terletak pada redha ibu.
- Amalkan bangun malam untuk bertahajjud. Jangan lupa untuk solat sunat taubat dan seterusnya solat sunat hajat. Jangan lupa bahawa ilmu itu adalah milik Allah.
- Amalkan makanan sunnah seperti kismis, kurma, habbatus sauda dan banyakkan meminum susu terutamanya susu kambing.
- Jangan hafal keseluruhan nota tanpa ada tujuan, buatlah nota ringkas yang anda paling mudah fahami.
- Sebelum masuk ke dewan peperiksaan, elakkan membuka buku lagi. Tenangkan fikiran, sedekahkan senyuman, dan letakkan yakin 100% pada Allah yang Maha Luas IlmuNya. Amalkan baca surah Al-Insyirah dan mulakan langkah sebelum keluar rumah, memakai kasut dan masuk ke dewan peperiksaan dengan kaki kanan.
0 comments:
Post a Comment