Home Tuition Service for UPSR PMR & SPM

We provides home tuition service for UPSR PMR & SPM LEVEL

Subjects such as Mathematics, Physics, Biology, Basic Economics, Finance Principal Account and others are offered to you right at your door steps.

Our tuition tutors are capable with their knowledge & experiences to guide your children to success.

Do call us at 0192653791 (CIKGU AZMI) and 0173047278 CIKGU FAIZAL

Sunday, January 8, 2012

Kata-kata Mutiara Pada Hari Ini..Renungkanlah

Tuesday, November 15, 2011

Kata-kata Mutiara Pada Hari Ini...


Renungilah kata-kata mutiara ini..

Monday, November 14, 2011

PEPERIKSAAN SPM 2011


Assalamualaikum Wrmbth. Kepada para calon Peperiksaan SPM 2011.

Cikgu doakan kejayaan buat semua calon-calon SPM yang dirahmati Allah. Di sini cikgu nak bagi sikit tips bagi menghadapi peperiksaan yang akan menjadi penentu masa depan adik-adik.

  1. Jangan belajar melebihi 3 jam berturut-turut untuk sesuatu subjek. Belajar dengan berhemah dan bijak.
  2. Pastikan adik-adik menjaga makan dan kekal sihat.
  3. Jauhi aktiviti-aktiviti luar yang boleh memudaratkan contohnya bermain futsal dan sebagainya.
  4. Jangan makan organ dalaman haiwan, kepala ikan, makanan ringan kerana ianya boleh menyebabkan masalah pelupa.
  5. Jangan menonton video-video yang tidak senonoh dan bertentangan dengan syara'.
  6. Pastikan adik-adik mendapat rehat yang cukup. Jangan amalkan tidur siang yang berlebihan.
  7. Jaga hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan.
  8. Jumpa guru-guru anda dan mohon maaf serta minta dihalalkan segala ilmu untuk mendapat keberkatan dari Allah.
  9. Pintalah ampun dan doa dari ibu dan bapa. Ini sangat penting kerana redha Allah terletak pada redha ibu.
  10. Amalkan bangun malam untuk bertahajjud. Jangan lupa untuk solat sunat taubat dan seterusnya solat sunat hajat. Jangan lupa bahawa ilmu itu adalah milik Allah.
  11. Amalkan makanan sunnah seperti kismis, kurma, habbatus sauda dan banyakkan meminum susu terutamanya susu kambing.
  12. Jangan hafal keseluruhan nota tanpa ada tujuan, buatlah nota ringkas yang anda paling mudah fahami.
  13. Sebelum masuk ke dewan peperiksaan, elakkan membuka buku lagi. Tenangkan fikiran, sedekahkan senyuman, dan letakkan yakin 100% pada Allah yang Maha Luas IlmuNya. Amalkan baca surah Al-Insyirah dan mulakan langkah sebelum keluar rumah, memakai kasut dan masuk ke dewan peperiksaan dengan kaki kanan.
Cikgu akan mendoakan kejayaan buat semua, terutamanya kepada anak-anak didik cikgu. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin

Thursday, September 29, 2011


Anak anda akan menduduki peperiksaan penting pada 2012? Jangan tunggu lagi, tingkatkan prestasi anak anda dan mencapai kejayaan yang gemilang.

Hubungi saya, Cikgu Faizal untuk khidmat Home Tuition pada semua peperiksaan penting UPSR, PMR dan SPM serta semua subjek dari peringkat sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. InsyaAllah, saya akan bantu anak anda.

Telefon sekarang, 0196969515/0173047278

Monday, September 19, 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011

Peperiksaan percubaan ini akan menjadi kayu pengukur kepada kekuatan dan kelemahan pelajar dalam menghadapi peperiksaan sebenar. Jangan lalai dan sambil lewa, anggaplah seperti peperiksaan sebenar. Banyakkan doa dan tingkatkan tawakkal kepada Allah.

Saya mendoakan kejayaan semua bakal calon-calon peperiksaan terutamanya kepada pelajar-pelajar 'Home Tuition' saya.

Sunday, September 4, 2011

Bagaimana Untuk Menguasai Subjek Ekonomi Asas?


Assalamu'alaikum Wrmbth

Di sini saya ingin berkongsi tips tentang cara untuk memahami konsep ekonomi dan kepentingannya, khusus kepada pelajar-pelajar yang megambil subjek ini dan akan menduduki peperiksaan.

Sebelum itu, saya ingin bertanyakan soalan. Adakah anda menukar siaran televisyen ketika berita bahagian ekonomi disiarkan?

Jawapannya: BERGANTUNG. Lebih 80% orang awam akan menukar siaran televisyen ketika berita ekonomi disiarkan.

Belajar Teori
Saya sangat gembira dan bangga kepada pelajar yang telah memilih bidang perakaunan dan ekonomi, kerana ini bukanlah subjek yang mudah. Samada memang berminat atau terpaksa atau tiada pilihan bukanlah isunya. Jika tidak berminat, maka boleh dipupuk perlahan-lahan tetapi jika hanya belajar teori sahaja memang tidak cukup untuk menimbulkan minat.

Asas adalah penting, tetapi jika asas telah ada namun tidak faham pun tidak dapat membantu di dalam peperiksaan.

Cara Untuk Memahami dan Menguasai
Mulai daripada hari ini, iaitu daripada tarikh artikel ini disiarkan, jika anda kerap menukar siaran televisyen ketika berita ekonomi, maka hentikan perbuatan tersebut. Ambil sedikit masa dan dengar apa yang diperkatakan kerana berita ekonomi biasanya mengambil masa tidak lebih daripada 15 minit.

Saranan kepada ibu bapa/penjaga yang dihormati, galakkan anak-anak untuk mendengar siaran berita ekonomi. Ini penting, kerana ianya akan membantu anak dalam menjawab soalan peperiksaan. Jadi, jangan bertangguh lagi, amalkan dari sekarang.

Mengapa Perlu Buat Seperti Perkara Yang Disarankan?
Begini, subjek ekonomi tidak cukup sekadar belajar melalui buku teks dan rujukan semata-mata. Di dalam peperiksaan, bagi soalan subjektif, sekma soalan akan lebih berkisar kepada 'situasi'. Apa maksud situasi? Situasi bermaksud, pelajar diminta menjawab soalan dengan menggunakan daya kepekaan terhadap 'situasi' yang diberikan dan menggunapakai beberapa konsep ekonomi yang telah dipelajari. Dengan kata lain, soalan bukanlah sekadar bertanya tentang konsep semata-mata, tetapi ianya boleh diolah tentang bagaimana untuk mengaplikasikan konsep tersebut mengikut kesesuaian.

Sebab itu, pelajar perlu faham dan menguasainya. Ekonomi ialah perkara yang kita sebagai isi rumah gunakan setiap hari. Contohnya, apabila membeli barang atau perkhidmatan, isi rumah akan mendapatkan harga yang murah yang dapat mencapai kepuasan maksimum terhadap barang atau perkhidmatan tersebut. Inilah ekonomi. Contoh lain yang kita asyik perkatakan setiap hari, apabila harga barang naik, permintaan akan turun kepada kuasa beli(kemampuan) isi rumah terhad.

Jadi, jangan susahkan diri dengan belajar tanpa tujuan dan hanya untuk menghadapi peperiksaan semata-mata. Cuba mendalami apakah intipati ekonomi asas itu, InsyaAllah anda akan berjaya menjawab soalan dengan jayanya.

Thursday, September 1, 2011


Assalamu'alaikum Wrmbth

"Ramadhan Berlalu Pergi Ditangisi, Syawal Menjelma Dirai, Tingkatkan Iman dan Amal di dalam Diri, Selamat Hari Raya Aidilfitri"

Kami menyusun 10 jari dan memohon kemaafan kepada semua umat islam di seluruh dunia Amnya dan di Malaysia Khususnya andai terdapat sebarang kesalahan di atas kejahilan kami melalui penulisan di blog ini.

Kami mendoakan semoga kita semua diberikan rahmat dan keberkatan serta pemeliharaan dari Allah zat yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Best Buy Printable Coupons